Wednesday, April 28, 2010

Gejala-Gejala Penyakit Rohani....

Jom kita check gejala-gejala Penyakit Rohani di bawah ini.....berapakah gejala-gejala penyakit rohani yang ada pada kita....diharap dengan cara ini secara tidak langsung dapat kita muhasabah diri kita...jika selama ini kita selalu menunding jari kat orang itu dan orang ini, kali ini cuba lepaskan bayangan orang lain...fokus kan pada diri sendiri.....

Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya:
Firman Allah yang bermaksud:
‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’.
(Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)

LEMAH DAYA KERJA

Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan.
Sebetulnya orang yang mengidap penyakit rohani akan nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.

TUMPUL FIKIRANNYA

Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur)kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya ke*****an, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.

(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


‘Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.


PENDANGKALAN RASA

Orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur.
Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Tuhan mereka.’
(Q.S. Rum, ayat 33)

GELISAH DAN KELUH KESAH

Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidakstabilan mental.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.
(Al-Maarij, ayat 19-23)

LIAR TERHADAP KEBENARAN

Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:

‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.
(Q.S. An-Nur, ayat 50)

BURUK SANGKA

Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’

(Al-Ahzab, ayat 12)
Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.’
(Q.S. Al-Hujarat, ayat 12)

SUKA MENGHASUT (FITNAH)

Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’

(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI

Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

‘Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’

(Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)

Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.


KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENYAKIT ROHANI

Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang. Tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani. Antaranya ialah:

1. MENGGANGGU KETENANGAN

Orang yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Hal ini bererti mencelakakan dan meruntuhkan kebahagian. Hanya orang yang sihat rohani sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan.

2. MENJAUHKAN DIRI DARI TUHAN

Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah, sifat buruk, muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan sikap mental yang demikian amat tidak diredai oleh Allah dan diperhitungkan sebagai dosa; misalnya munafik, iri hati, sombong, dan lain-lainnya. Dengan demikian memiliki sifat dan sikap tersebut bererti membuat diri dimurkai dan kian jauh dari Tuhan.

3. MELUMPUHKAN DAYA KERJA

Jika orang yang sihat rohaninya dia akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun maka dapatlah dipandang orang itu sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.

4. MEROSAKKAN JASMANI

Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.
Apabila penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila atau janun.



sekadar nak berkongsi dengan kawan
kawan

Sunday, April 18, 2010

Nak Ke Tak Nak



Ini merupakan Buku motivasi Dr HM Tuah Iskandar yang pertama yang saya baca...sebenarnya suami sudah berikan buku ni pada saya pada tahun lepas lagi....tetapi hati belum terbuka nak membacanya kerana merasakan pengisian buku ini terlalu berat untuk saya yang sentiasa ingin mencari sesuatu bahan yang ringan untuk mengurangkan tension...saya berpendapat begitu kerana sebelum ini saya pernah membaca novel hasil karya beliau...dan merasakan novel itu berat untuk saya... namun begitu awal tahun baru-baru ni hati ini tergerak untuk membacanya...dan ternyata...anggapan saya selama ini meleset...apabila membaca buku ini, saya merasakan seolah-olah pengarang sedang bercakap dengan saya sehingga saya tidak sedar saya boleh menghabiskan buku ini dalam masa sehari....pengisiannya berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan kebanyakannya juga pernah saya alamai atau dialami orang-orang sekeliling saya...saya merasakan buku ini sangat memotivasikan saya seorang guru, isteri, anak, jiran, kawan dan apa saja peranan yang saya pegang....sekarang ni , apabila saya rasa down, saya akan membelek buku ini semula untuk mendapat motivasi....

Tertib Peribadi

Baru aje beli buku ni pada 17 April 2010 lalu...kat Kedai Buku Kita Labuan....Bila baca buku ni terasa sangat diri ini tidaklah sesopan mana...kekadang benda yang kecil yang selalu kita pandang remeh rupa-rupanya menjadi perhatian orang, dan membuat penilaian peribadi kita..

sedikit ulasan tentang buku ni...

Istilah adab menurut kamus membawa maksud tingkah laku yang baik, budi

bahasa yang halus dan sopan santun. Manakala etiket pula merujuk kepada

kelakuan yang baik. Terdapat pelbagai jenis adab dan etiket yang boleh

dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Semua perkara yang

kita lakukan penuh dengan adab dan etiket. Adab dan etiket adalah cermin

diri seseorang dan tidak boleh dipandang remeh. Tidak kiralah adab semasa

berniaga, adab berkunjung ke rumah orang mahupun adab ketika di jalan

raya. Melalui adab dan etiket, orang di sekeliling akan dapat menilai

perwatakan sebenar diri seseorang.

Buat kali pertama apabila berhadapan dengan seseorang, kita perlulah

mempunyai nilai diri yang tinggi dan bertutur dengan sopan supaya orang

tersebut akan berasa diri mereka dihormati.

Jelaslah bahawa dengan mengamalkan adab dan etiket yang betul, ia bukan

sekadar mampu memberikan kesan yang positif terhadap diri sendiri, malah

turut memberikan tanggapan yang baik kepada orang lain. Tingkah laku yang

baik dan budi bahasa terpuji dapat memberi gambaran peribadi kita. Setiap

hari, kita berkomunikasi dengan pelbagai pihak; sama ada sesama ahli

keluarga, rakan sekerja, sahabat handai mahupun orang awam. Begitu juga,

pelbagai tempat kita kunjungi; tidak kiralah untuk apa jua urusan sekali pun.

Pastinya pernah terdetik dihati, adakah perwatakan kita manis di mata orang?

Adakala juga, tanpa disedari, banyak perlakuan kita yang tidak kena, tetapi

tiada siapa yang berani menegur demi menjaga hati kita. Namun, dalam

mengecapi dunia yang serba moden ini, manusia semakin lupa adab dan

etiket. Tiada lagi batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Malah, pemandu

juga semakin hilang sopan santunnya ketika memandu di jalan raya.

Oleh itu dengan menitipkan kembali adab dan etiket ini, diharapkan buku

Tertib Peribadi ini mampu dijadikan panduan kepada semua agar dapat

mengamalkan adab-adab tersebut dalam kehidupan dan dijadikan panduan

berguna untuk dimanfaatkan bersama.



Dalam buku bertajuk Tertib Peribadi ini , ianya mengandungi lima puluh tujuh

bab kesemuanya. Bab Pertama dimulakan Adab Kenalkan Diri: Setiap hari kita

bertemu ramai orang di dalam urusan perniagaan mahupun sosial. Cara kita

mengalu-alukan orang yang baru kita jumpa memberi kesan berpanjangan

dan membawa jalan kepada pertemuan yang lebih produktif. Cara yang betul

menjawab atau membuat panggilan telefon juga harus beradab. Ketika

makan juga memerlukan ketertiban yang sempurna kerana ia

menggambarkan sifat peribadi seseorang.

Dewasa ini, email merupakan cara berkomunikasi yang popular. Walaupun

tidak bersua muka dengan si penerima, tetapi perhubungan cara beradab

boleh memberi impak kepada si pengirim.

Adab sesama rakan sekerja juga harus dijaga. Pejabat merupakan rumah

kedua kepada kita, jadikanlah ia sebuah tempat yang selesa, seronok untuk

bekerja dan ketika di rumah pula, jiran tetangga merupakan orang yang

paling dekat dengan kita dan sedia memberi pertolongan apabila diperlukan,

tegur sapa dan disusuli dengan senyuman bukanlah satu perkara yang sukar

untuk dilakukan. Elakkan bersikap pentingkan diri sendiri kerana tidak akan

membawa apa-apa keuntungan kepada kita.

Semua ibu bapa mahukan anak mereka dipuji kerana kelakuan baik dan bukan

dikeji atas sikap buruk mereka. Masih belum terlambat jika ibu bapa mahu

membetulkan sikap dan adab anak mereka dengan mempraktikkan anak

dengan ucapan salam, ucapan tolong dan terima kasih.

Pernahkah anda terfikir bagaimana mahu melayan dan berinteraksi dengan

Orang Kurang Upaya (OKU)? Disebabkan simpati, kita tidak dapat lari daripada

mahu membantu golongan ini walaupun dengan pertolongan kecil.

Kadangkala tidak semua OKU memerlukan pertolongan kita. Tanya dahulu

sebelum membantu. Jika tawaran ditolak, jangan mendesak. Jika individu

tersebut menerima bantuan kita, tanyalah bagaimana cara terbaik agar kita

dapat membantu.

Bagaimana untuk menyediakan diri ketika menghadiri temu duga dan memberi

tanggapan baik pada si penemu duga? Adab temu duga mungkin boleh diikuti

bagi memastikan kita mempunyai kelebihan, berbanding dengan pesaing yang

lain.