
Tuesday, August 31, 2010
Hargai Nikmat kemerdekaan

Saturday, August 28, 2010
BUAH LYCHEE YG ADA LEMAK KHINZIR


JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website
http://www.halaljakim.gov.my/
LUASNYA NERAKA
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
Luasnya Neraka
Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w
"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya:
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya:
"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"
Tanya Rasulullah s.a.w.:
"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"
Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw:
'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Antaranya ialah:
* Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
* Sakit jantung
* Penyakit darah tinggi
* Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
INILAH IDEOLOGI BELIAU
1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4.Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
9.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
10.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
11.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
12.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
13.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
14.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
15.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
16.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
17.Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.
Renungan...
Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang darimeminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Wallahua'alam..
Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusiayang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satusama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.
Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim.Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifatitu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan."(Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusahamenidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diriseseorang.
Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, mana kala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya,syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.
Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: "Tetapi, sesiapa yang sabar dansuka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung."(Surah asy-Syura, ayat 43).
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.
Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu,dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi.Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengantindakan berbentuk lisan dan fizikal.
Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untukmendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuhyang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebakkepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.
Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang padapandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.
Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yangbenar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas ataskemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukansehingga melakukan pembunuhan.
Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memilik ikemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar.Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yanglemah.
Nabi Muhammad bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai)dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialahorang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." (Hadis riwayatBukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenaisesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu 'jangan marah'.
Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Diamungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu diabertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalanlain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangiperkataan 'jangan marah'.
Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf.Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.
Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkahyang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?
Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukanseterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untukmenyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.
Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dansentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.
Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itutidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak dihati.
Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dansentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.
Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.
BUAT SENDIRI DI RUMAH

*Senaman untuk kesihatan bukan berita baru. Malah senaman adalah elemen paling penting untuk menentukan kejayaan penurunan badan jangkapanjang dan juga mengekalkan berat badan sedia ada. Kita biasa dengar senaman minimum 30 minit per sesi baik untuk kesihatan.
Penyelidikan terbaru menunjukkan senaman 10 minit sebanyak tiga kali sehari sama kesannya dengan bersenam selama 30 minit.
* Luangkan masa untuk membuat catatan apa dan berapa banyak yang telah anda makan. Catat juga paras rasa lapar sebelum anda mengambil makanan atau sebarang emosi yang ada pada masa itu. Diari pemakanan boleh menimbulkan kesedaran dan juga membantu mengenal pasti emosi serta tingkah laku yang mendorong pengambilan makanan secara berlebihan.
* Ramai yang berjaya mengurangkan berat badan untuk jangka panjang apabila mereka mengubah motivasi daripada mahu menjadi kurus kepada menjadi sihat. Fikirkan tentang makanan tertentu yang membantu menyihatkan badan daripada memikirkan makanan yang memberi kesan kepada berat badan anda. Piramid makanan menunjukkan jenis makanan dan jumlah pengambilan yang sepatutnya untuk memberi badan anda nutrisi yangdiperlukan untuk kesihatan optimum.
* Selalunya terlebih makan dikaitkan dengan stres, rasa bosan,kesunyian, marah dan tertekan. Belajar menguruskan emosi tanpa makananadalah skil penting untuk mengawal berat badan.
* Cuba kenal pasti apa yang mendorong anda untuk makan dan atasimasalah tersebut. Kajian menunjukkan bersenam tanpa disertai denganpengurusan emosi (yang mengakibatkan terlebih makan) tidak menghasilkankesan yang diharapkan untuk penurunan berat badan.
* Menjadi trend di kebanyakan restoran menyediakan hidangansuper-size. Berhati-hati dengan jumlah makanan yang diambil. Jikaperlu, bahagikan makanan tersebut dan minta bekas atau beg untukmembungkus makanan tersebut. Belajar untuk memberi perhatian kepadaparas lapar dan berhenti makan apabila rasa kenyang dan bukannyasehingga perut rasa senak dek makanan.
* Perlu ingat penurunan berat badan secara drastik bolehmengakibatkan berat badan kembali kepada angka asal. Ini keranapenurunan berat badan yang cepat disebabkan oleh kehilangan air.Kehilangan lemak boleh dicapai dengan menurunkan berat badan secaraperlahan.
* Makan perlahan-lahan merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan. Ini kerana otak mengambil masa 20 minit untuk mula memberi isyarat kenyang. Mereka yang makan pantas sering menghabiskan makanan sebelum isyarat tersebut mengambil tempat.
KHASIAT KESIHATAN TEH HIJAU

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi TEH HIJAU adalah:
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
- Membantu mengawal paras gula darah
- Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
- Membantu dalam sesetengah penyakit barah
- Kandungan Catechins Teh Hijau dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
- Menguatkan sistem imun
- Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
- Menurunkan aras kolesterol
- Paras antioksidan Teh Hijau yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
- Menggalakkan pembakaran lemah
- Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Teh Hijau lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
Malas Minum Air Kosong?

Apakah sumber kecantikan yang paling efektif di dunia? Jawapannya adalah segelas air kosong yang anda minum setiap hari. Air kosong dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini terutamanya mereka yang sudah biasa minum minuman bergas dan minuman bergula. 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Jadi, jika anda inginkan wajah yang berseri dan badan langsing, air kosong harus dimasukkan dalam ‘menu wajib’ anda.Anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan seperti berikut :Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina, hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.
Kenapa Anda Perlu Minum Air?
Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil.Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda!Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.Berapa banyak yang seharusnya kita minum?Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.Air dalam makanan kitaKebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Jesteru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.Melancarkan sistem penghadamanAir membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.Membantu menurunkan berat badanAir juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar. Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air.Semakin sedikit kuantiti air yang diminum, semakin banyak tubuh kita mencuba menyimpannya untuk penggunaan nanti. Hasil dari penahanan air tersebut menyebabkan penambahan terhadap ukuran pinggang.Bebas dari penyakit batu karangBatu karang terjadi ketika sisa bahan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui buah pinggang bergabung dengan komponen sampah yang lain. Maka terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu jika kekurangan air. Jika kita banyak minum air, kerikil tersebut akan disingkirkan oleh air.
Jom lah minum air sihat lagi menyihatkan....
SHARING IS CARING.........
PENAWAR KEPENATAN

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata : “Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata: “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Semoga memberi manafaat kepada semua...

Walau apa pun kemungkinan, isu ini telah mendatangkan keadaan yang agak tegang diantara kaum-kaum.Buktinya apabila wujudnya page-page ini dan ianya menjadi medan perdebatan yang hangat....


saya sangat berharap pihak berkuasa mengambil langkah yang drastik untuk menangani masalah racist ini supaya tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi...Semoga Malaysia Aman Sentiasa...
Friday, August 27, 2010

Peringatan Nuzul Quran bagi kaum Muslimin amat penting kerana kita memperingati peristiwa besar yang terjadi pada sekitar abad yang lalu. Kita memperingati Nuzul Quran kerana kita berkeyakinan bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah satu-satunya rahmat yang sebesar-besarnya kepada umat manusia di seluruh alam.
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan tanggal 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran baginda atau pada tanggal 6 Ogos 610 M.
Kebanyakan ulama menetapkan bahawa pada hari penghabisan turunnya al-Quran ialah hari Jumaat 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah atau tahun ke-63 dari tarikh kelahiran Nabi.
Pada saat itu Nabi SAW sedang berwukuf di Padang Arafah dalam menyelenggarakan haji yang terkenal dikenali Haji Wada'. Kebanyakan ulama tafsir menetapkan bahawa sesudah hari itu tidak ada lagi al-Quran diturunkan untuk menerangkan hukum dan Nabi pun setelah Haji Wada' selama 18 hari, baginda wafat iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.
Ayat yang terakhir menurut pendapat Jumhur adalah surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:
"Pada hari ini Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-ucapkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redai Islam itu agama bagimu."
Kalau kita sekarang berbicara tentang Nuzul Quran, sangat wajarlah sebagai hamba Allah SWT secara khusyuk dan rendah hati menghayati suasana malam diturunkannya al-Quran sebagaimana yang tersebut dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut; Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar!"
Demikian juga dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3 Allah berfirman yang bermaksud: (Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar).
Meskipun kata-kata 'malam' disebut dalam al-Quran sebanyak 92 kali, namun khusus untuk malam Qadar ini diberikan kehormatan yang amat tinggi. Ia dinamakan 'malam' yang diberi berkat kerana turunnya al-Quran pada malam itu bersama seluruh malaikat di bawah pimpinan malaikat Jibril a.s.
Penghormatan ini berlangsung satu malam suntuk dengan tenang dan aman damai sehingga terbitnya fajar pagi. Sengaja digambarkan oleh Allah SWT dengan kata 'salam' akan ketenangan malam yang semalaman itu sebagai kiasan daripada mesej dan isi yang dibawa oleh kitab suci iaitu perdamaian
Oleh sebab kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam, merapatkan hubungan silaturrahim dengan keluarga yang dekat mahupun yang jauh dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Anfal: Ayat 1)
Pengabaian sesetengah umat Islam terhadap maksud hadis tersebut meletakkan diri mereka pada hari ini jauh sekali daripada memenuhi ciri-ciri Mukmin yang sejati. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa akan datang suatu zaman di mana orang berkumpul di masjid untuk sembahyang tetapi tidak akur dengan tetangganya iaitu memutuskan silaturrahim. Maka ia dinilai oleh Nabi sebagai orang yang melakukan solat tetapi hakikatnya tidak dihitung sebagai orang yang melakukan solat.
Sebagai umat yang satu, kita dapat saksikan bahawa setiap umat Islam mengerjakan ibadat yang sama, iaitu bersembahyang sebanyak lima kali sehari dan mengarahkan kiblat yang satu. Kita tidak akan dapat nilai-nilai kesatuan ini dalam agama lain, walaupun mereka melaksanakan ritual yang sama, tetapi arah mereka tidak bertemu di satu pusat atau tempat.
Bagi umat Islam setiap kali bersembahyang, sama ada sembahyang itu merupakan fardu atau sunat, kiblatnya adalah tetap sama, iaitu Kaabah.
Sewaktu melakukan ibadat haji, di tanah suci Makkah al-Mukarramah umpamanya ia turut membuktikan lingkaran ibadat dalam satu kesatuan.
Setiap umat Islam mengelilingi Kaabah dalam posisi ibadat yang dinamakan tawaf, dan ini dilakukan secara beramai-ramai.
Dalam melaksanakan tawaf itu, setiap umat Islam berpakaian ihram, yang tentunya memberikan makna sebuah kehidupan yang sederhana, pakaian yang tidak berjahit, berwarna putih dan membaca ayat-ayat yang sama, walaupun dari segi fizikalnya umat Islam itu berlainan keturunan tetapi mempunyai niat yang sama, iaitu niat kerana Allah SWT, tawaf tujuh kali, sembahyang sama bilangan rakaatnya mengikut sembahyang fardu yang dilakukan dan seterusnya melakukan segala rukun dan syarat ibadat itu dalam bentuk yang sama.
Inilah hakikat yang cuba disampaikan melalui falsafah kesatuan umat. Ia dijelmakan dalam bentuk amalan, ritual dan perilaku seharian, maka dengan itulah Islam mudah mendapat tempat, kerana amalan yang dipertanggungjawabkan itu adalah mudah dan amat sederhana sekali.
Akhir-akhir ini, falsafah kedinamikan dan kesatuan walaupun masih kekal, terdapat sedikit penyimpangan mula diperlakukan oleh sesetengah pejuang Islam yang bersandarkan keinginan politik. Mereka sanggup menghindarkan diri dari pembentukan jemaah, sebaliknya mengasingkan diri dengan perjuangan tertentu.
Pengakuan seorang khatib jemputan yang memasukkan nama Lim Guan Eng dalam bacaan doa kedua khutbah Jumaat yang disampaikannya sejak dua tahun lalu memberikan gambaran bahawa telah berlaku secara terang-terangan usaha untuk mempersendakan kesucian agama Islam oleh orang Islam sendiri.
Meskipun secara jelas maksud sebenar doa yang disampaikannya itu masih dipertikaikan, ramai umat Islam menganggap ia satu petanda betapa terdesaknya khatib tersebut sehingga sanggup meminggirkan kedudukan Ketua Agama Islam secara rasmi dan sah dari segi peraturan dengan menukarkannya dengan pemimpin bukan Islam yang cuba menggunakan kebijaksanaan pemimpin Islam sebagai topeng politiknya.
Gambaran apa yang berlaku di Pulau Pinang itu nampaknya sudah melampaui tahap politik yang matang, ia memberikan gambaran tahap politik menjadi semakin rendah dan kotor.
Maka tidaklah keterlaluan apabila ada pandangan mengatakan agama telah dikotorkan oleh tuntutan politik yang disengajakan oleh pihak tertentu bagi tujuan mengekalkan kuasa dan membina imej dengan mencampurkan urusan ibadat.
Amatlah diharapkan hasil siasatan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh polis Pulau Pinang akan menemui satu petunjuk yang jelas dan dapat kita sama-sama membandingkan bagi meletakkan kembali kedudukan Islam sebagai agama yang mementingkan perpaduan, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan.
Dari hakikat ini umat Islam tidak harus menjadikan al-Quran sekadar alat kepentingan untuk memperolehi keuntungan duniawi atau kepentingan politik. Umat Islam perlu kembali menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran serta menciptakan tradisi untuk bersaing dalam menerapkan ayat-ayat tersebut dalam realiti kehidupan.
Apa yang berlaku di kalangan umat Islam sendiri hari ini hanya memuliakan atau mentaqdiskan huruf dan lagu-lagu al-Quran sahaja. Mereka membacanya dengan penuh bertajwid , sedangkan makna dan sebahagian ajarannya dilupakan sama sekali.
Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud "Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?" Bagaimana al-Quran dapat dijadikan sebagai petunjuk, penjelasan dan pembeza antara yang makruf dan mungkar jika pintu hati kita sentiasa tertutup untuknya.
Bukan dalam soal penghayatan sahaja bahkan manusia hari ini langsung telah hilang pedoman, hilangnya sifat perikemanusiaan sehingga bayi-bayi yang dilahirkan akibat perzinaan dibuang merata-rata tempat. Ingatlah orang yang selama hidupnya tidak mengetahui makna kasih sayang terhadap bayi yang tidak berdosa, tidak akan masuk ke dalam hatinya cahaya keimanan.
Malah yang lahir adalah sifat kebinatangan yang rakus serta tanpa batas. Semuanya itu mencerminkan lunturnya nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya menjadi amalan dan pegangan semua umat Islam.
Menahan nafsu inilah yang perlu kita pertahankan sehingga sampai kepada sepuluh hari terakhir di mana waktu itu ibadah puasa lebih bersifat rabbani.
Dalam fasa ketiga ini kita akan mengalami puncak pengalaman kita dalam keadaan berpuasa iaitu berusaha memperolehi lailatulqadar. Untuk mencapainya, kita harus memulai dari sekarang dengan memahami hal-hal berkaitan amalan berpuasa.
Puasa kemudiannya bukan sahaja menjadi etika individu, tetapi juga menjadi etika sosial dan gerakan moral yang efektif dalam menangani pelbagai masalah sosial seperti kemiskinan, jenayah, rasuah, dan sebagainya.
Bersyukurlah kerana kita telah dipilih-Nya untuk sama-sama 'meraikan' kehadiran Ramadhan yang terkandung rahmat-Nya yang tidak terhitung.
Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Tuesday, August 24, 2010
Gejala buang bayi, petanda masyarakat makin sakit
Kejadian membuang bayi bukan merupakan satu perkara yang baru. Gejala tersebut telah dikesan lama dahulu dan pernah menjadi heboh beberapa tahun yang lalu. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat. Kalau sebelum ini, kita dikejutkan dengan penemuan bayi di dalam tong sampah, longkang, pintu pagar masjid, bawah pokok, kaki lima, tandas dan depan rumah orang. Tetapi kini cara membuang bayi jauh lebih ekstrem dan tidak masuk dek akal.
Dalam kejadian yang terbaru, seorang bayi telah ditemui mati selepas dibuang daripada atas sebuah flat. Seorang bayi lagi ditinggalkan dalam beg plastik yang diikat rapat. Lebih menyayatkan hati lagi apabila seorang pelajar melahirkan anak di sekolah dan memasukkan bayi yang baru lahir itu ke dalam beg sekolahnya.
Bayi-bayi itu yang dibuang dan sesetengahnya dibiarkan mati hasil daripada keterlanjuran yang dilakukan oleh ibu mereka yang kebanyakannya masih muda remaja. Bayi yang dilahirkan itu hasil daripada perhubungan seks yang dilakukan secara haram dan pergaulan bebas yang sudah menjadi trend bagi masyarakat kita.
Gejala buang adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit.
Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Hasil kajian seorang pensyarah di UKM yang mendapati hampir kesemua responden pelajar perempuan yang dikajinya di sekolah menengah di negeri Selangor pernah melakukan hubungan seks adalah asas yang paling kuat untuk menunjukkan kepincangan yang berlaku pada sistem pendidikan dan pembangunan sosial negara.
Ini belum lagi termasuk gejala-gejala lain seperti penyebaran ajaran Black Metal, Gothic, Punk, budaya Money Boy, Bohsia, Mat Rempit, Budak Makan Sampah, Grrr� dan sebagainya.
Sesungguhnya apa yang sedang berlaku kepada golongan remaja dan pelajar sekolah seharusnya memberikan kesedaran kepada para pimpinan negara kita untuk memberikan perhatian yang serius bagi menangani permasalahan yang sedang berlaku itu.
Berdasarkan kepada statistik yang dikemukakan oleh pihak berkuasa didapati bahawa gejala pembuangan bayi telah mencatatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT).
Walaupun berpendidikan tinggi tetapi demi untuk menutup malu dan melindungi perbuatan songsang mereka sanggup membuang dan membunuh anaknya sendiri. Ini membuktikan bahawa manusia tidak kira apa peringkat dan kedudukan boleh melakukan perkara yang di luar dugaan bila mereka berada pada keadaan yang tertekan.
Mereka sanggup menjadi pembunuh dan pendera apabila tidak menemui jalan keluar terhadap masalah yang dihadapinya.
Untuk menangani masalah pembuangan bayi, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain kecuali memperkukuhkan institusi keluarga sebagai elemen penting dalam proses pembangunan sosial. Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan agama harus diberikan keutamaan dengan memberikan galakkan dan sokongan untuk menghidupkan sekolah agama rakyat.
Tidak gunanya kita mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kalau pegangan agama dan akidah umat Islam berada di ambang kehancuran. Akidah merupakan asas kekuatan kepada umat Islam. Jadi, usaha-usaha perlu dirangka untuk memantapkan akidah orang�orang Islam melalui pelbagai program yang bercorak keagamaan bukannya hiburan yang telah mendominasi kehidupan rakyat negara ini.
Bagi memenuhi hasrat tersebut, masjid, surau, madrasah dan institusi keagamaan yang lain perlu dihidupkan semula. Membiarkan masjid dan surau sepi tanpa sebarang program yang berbentuk keilmuan dan bercorak kemasyarakatan hanya akan menyebabkan golongan remaja berpaling kepada pusat-pusat hiburan untuk memenuhi keperluan jiwa serta rohani mereka yang kosong.
Golongan remaja dan pelajar tidak seharusnya dikorbankan demi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan barat. Kemajuan tidak seharusnya diukur berdasarkan kepesatan pembangunan, berapa banyak bangunan tinggi telah dibina, pembukaan kawasan perumahan yang baru dan bilangan graduan yang berjaya dikeluarkan oleh IPT.
Ukuran kepada kemajuan perlu berdasarkan kepada indikator etika dan nilai ketamadunanan yang telah dicapai oleh rakyat sesebuah negara seperti peningkatan taraf sosial yang meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan moral, peratusan celik ilmu yang tinggi dan gaya hidup yang sihat serta seimbang di antara jasamani serta rohani.
Pembangunan yang tidak mengambil kira aspek-aspek ini pada hakikatnya tidak boleh dianggap sebagai kemajuan tetapi adalah satu kemunduran yang menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang tertekan dengan pelbagai kenaikan kos hidup yang tidak terkawal.
Sama ada disedari atau pun tidak gejala buang bayi mempunyai hubungan yang rapat dengan penyakit yang sedang dihidapi oleh masyarakat kita. Penyakit-penyakit sosial ini ini ada kaitan pula dengan dasar yang dilaksanakan dalam sebuah negara.
Kalau sekali pun dasar itu baik tetapi perlaksanaannya bermasalah dan penuh dengan penyelewengan, penyalahgunaan, kepincangan, rasuah serta beraneka kebobrokan yang lain maka dasar yang yang cantik akhirnya akan meninggalkan kesan yang hodoh sekali. Dan kesan-kesan negatif itu telah menjelma dalam kehidupan kita dalam berbagai-bagai kebejatan sosial yang begitu hodoh dan buruk sifatnya.
Salah satunya ialah gejala buang bayi yang menunjukkan bahawa masyarakat kita kian hilang peri kemanusiaan dan nilai ketamadunannya sehingga mereka tidak lagi merasa sedih dengan apa sedang melanda itu.
Sebaliknya gejala buang bayi dilihat sebagai suatu fenomena yang biasa dan harga yang perlu dibayar untuk mencapai taraf negara maju serta masyarakat yang up to date. Orientasi pemikiran sebegini perlu diperbetulkan. Yang boleh membetulkannya ialah pihak yang diberikan kuasa dan mandat untuk mengendalikan hala tuju serta perjalanan negara ini.
Pilihan dibuat oleh masyarakat dan kita sebagai anggota masyarakat harus merasa bertanggungjawab terhadap apa yang sedang terjadi dewasa ini.









